Cart 0

Rempah Tangas Berpantang Traditional Gedung Ibu

RM 19.00 RM 2,500.00

Harga Pengenalan !!! RM19 sahaja utk 7 pack!!! (harga di facebook RM25 sbb termasuk kos pos utk semenanjung)


Semua rempah dah ada dalam tu.. Tak perlu tambah apa2 senang jer nak guna...


Ibu2 x perlu risau


Hanya perlu tambah air & perahan limau nipis sahaja !!!


🤗🤗🤗🤗


Tangas memang penting semasa berpantang, untuk cepat sembuh luka, dan juga berkhasiat untuk dalaman selepas bersalin. Memang kena jaga betul2, semua saluran urat yg kembang masa mengandung perlu di kecutkan... Kalau tak... Nnti dah berumur sikit dah rasa sakit sana, sakit sini...


Cara Penggunaan :


Cara pertama :


Bertangas dengan cara merebus dengan air


Buka sepeket Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu, masukkan ke dalam periuk tanah @ periuk kecil dengan air 3/4 penuh periuk . Atau boleh jug guna periuk nasi automatic . Rebus sampai jadi 1/2 periuk air rebusan setelah itu, masukkan air perahan limau nipis 2 biji, letak periuk di sebelah ibu, dan ibu duduk diatas bangku kecil, selubung ibu bersama periuk mendidh itu dari paras pinggang ke bawah. Bertangas dalam 10 minit atau sampai tiada wap air lagi. Boleh digunakan berulang2 kali dalam masa 1 hari. Contoh boleh berwap setiap kali lepas mandi atau buang air.


Cara kedua :


Bertangas dengan batu tungku rebus


Buka sepeket Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu, masukkan ke dalam periuk tanah @ periuk kecil muat2 tungku batu sungai (jika ada). L

Masukkan 2 cawan air, lepas tu biarkan mendidih dan batu menjadi panas.


Masukkan air perahan limau nipis 2 biji selepas itu, letak periuk di sebelah ibu, dan ibu duduk diatas bangku kecil, selubung ibu bersama periuk mendidih itu dari paras pinggang ke bawah.


Bertangas dalam 10 minit atau sampai tiada wap air lagi dan batu menjadi sejuk. Boleh digunakan berulang2 kali dalam masa 1 hari. Contoh boleh berwap setiap kali lepas mandi atau buang air.


Cara ketiga :


Buka sepeket Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu, masukkan ke dalam periuk tanah @ periuk kecil.

Masukkan 1 cawan air, lepas tu biarkan mendidih


Sementara air mendidih, bolehlah panaskan batu tungku sehingga panas di atas dapur, letak batu tersebus di atas lantas @ bekas tahan panas,


Masukkan air perahan limau nipis 2 biji kedalam air rebusan tadi, tunggu sehingga separuh kering, cepat2 tuang ke atas batu panas tadi, dan akan menghasilkan wap panas yg banyak dan ibu duduk diatas bangku kecil bersebelahan batu tadi, selubung ibu bersama batu tersebut dari paras pinggang ke bawah.


Bertangaslah dalam 10 minit atau sampai tiada wap air lagi dan batu menjadi sejuk. Boleh digunakan berulang2 kali dalam masa 1 hari. Contoh boleh berwap setiap kali lepas mandi atau buang air.


Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu turun temurun ini ini di perbuat dari bahan - bahas segar tanpa bahan kimia dan bahan pengawet. Pengeringan juga adalah secara semula jadi, oleh itu bahan sentiasa segar. Bukan keringan secara paksa.