Cart 0

Set Asas Bersalin Lengkap 44 Hari

RM 100.00


SET ASAS BERSALIN LENGKAP 44 HARI

PROMOSI RM100.00 SIAP POS 

Set ini adalah set herba tradisional tanpa bahan pengawet dan adalah herba asli tana diproses.

1. Mandian Herba Gedung Ibu (Mandian Tersat)

Herba mandian ini mengandungi herba seperti serai wangi, halba, sepang dan lain2 untuk menghangatkan dan juga memulihkan kesihatan dalaman ibu2 selepas bersalin. Cara Penggunaan: hanya perlu rebus 1 bunjut (tanpa buka ikatan) dengan 2 liter air, tunggu hingga mendidih, selepas itu, ambil secedok (dlm 500ml) dan campur air hingga menjadi suam untuk dimandi dibilasan terakhir. Ibu2 tidak perlu bilas. Pakai param dan terus pakai baju. 1 bunjut boleh direbus sampai hilang warna. 2 bunjut dalam set ini adalah untuk kira—kira 1 minggu penggunaannya. 7 hari adalah yang paling wajib bermandikan air mandian herba Gedung Ibu (mandian tersat).

2. Kayu Herba Sepang Kederang

Kayu herba tradisional ini adalah untuk memulihkan luka—luka ibu selepas bersalin. Baik luka dalaman ( Rahim) dan juga luka luaran (contoh : luka pembedahan c-section) dan luka jahit bersalin normal. Pengunaannya : 1 pkt untuk direbus 2 liter air, biarkan mendidih dan boleh di minum SELEPAS sekurang2nya 7 hari bersalin untuk membantu bayi minum susu ibu. Jika ibu2 minum selepas bersalin juga boleh, tp jika bayi kuning, cepat2 berhenti kerana kayu herba asli tanpa campuran pengawet ni agak panas, jika bayi kuning, kuning bayi lambat turun. Tapi bukan penyebab kuning bayi. 2 pkt ini adalah untuk 2 minggu.

3.Kopi Manjakani

Kopi manjakani ini untuk ibu2 selepas bersalin untuk menambah kesihatan ibu selepas bersalin yg kaya dengan manjakani dan juga garam buluh yg boleh membantu mengecutkan semula Rahim dan juga meningkatkan metabolism dan mengelakkan sengal—sengal badan. Dan membatnu ibu sihat lebih cepat selepas bersalin. Perisa hazelnut yg lazat juga membantu untuk menghilangkan rasa pahit manjakani, di minum 1 sachet (pagi sahaja) sekali sehari untuk 10 hari ( 10 sachet perkotak).

4. Buah KK/ Buah Belimbing Bukit

Digunakan untuk menambah susu ibu secara tradisional, tanpa bahan pengawet yang boleh membahayakan bayi. Ia juga bertindak melancarkan darah dan hanya boleh diminum oleh ibu selepas bersalin, dan TIDAK boleh di munum oleh ibu mengandung. Penggunaan : 50 biji ini bila perlu ambil 5 biji sahaja, RENDAM dengan air panas secawan, tunggu hingga suam dan boleh di minum. Lepas minum akan terasa menyucuk2 di bahagian puting susu, itu tidak perlu risau sebab hanya untuk melancarkan saluran air susu. Selepas itu Insya Allah akan banyak susu. Minum hanya bila perlu sahaja, 5 biji tu boleh direndam berkali2 sehingga hilang rasanya yg payau. Jika susu telah banyak, hentikan sekejap minum air buah kk.

6. Param

Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bagi mengcegah angin masuk kedalam badan dan juga untuk mengeluarkan angin dalam badan. Hanya perlu ambil secubit, dan di campur air, selepas mandi air mandian herba ibu, tanpa dilapkan airnya, sapu param yg telah dicampur air tadi dan digosok selurh badan. Selepas tu terus pakai baju. Bila ia kering debu halus tu akan turun dan akan rasa selesa macam pakai bedak. 1 peket ini boleh digunakan untuk 1 minggu. Pemakaian yg wajib adalah untuk 1 minggu, jika ibu2 ingin memakai lebih dari seminggu adalah lebih baik dan ada di jual secara berasingan.

7. Pilis

Pilis— untuk disapu di dahi. Pilis ini disapu bertujuan untuk mengelakkan angin masuk ke kepala, rasa dingin selepas memakainya adalah dari herba asli untuk menarik aingin dari dalam kepala. Penggunaannya : Hanya perlu ambil secubit dan di campur air dlm 1 piring, sapu atas dahi, dan biar kering. 1 peket boleh digunakan 2 kali sehari untuk seminggu.

8. Tapel

Tapel digunakan secara trdisional untuk disapu dibahagian perut ketika sebelum di ikat bengkung. penggunaanya : Hanya perlu ambil secubit dan di campur air dlm 1 piring, dan disapu dibahagian perut secara nipis - nipis selepas itu di balut sebelum ia kering. lebih elok jika ditambah dengan limau nipis dan juga kapur (kapur makan).

9. Freegift Sabun Param

Sabun param ini bertujuan untuk mengeluarkan angin ketika mandi. tidak perlu lama2 cuma selepas ratakan air keseluruh badan, anda hanya perlu sapu dan biarkan sekejap (1-2 minit sahaja) selepas itu bolehlah dibilas. selepas itu mandi air rebusan herba Gedung Ibu dan terus pakai param.

***************************************************************************************************

Dengan set ini anda akan dapat :

Mandian herba ibu x 8 bunjut

Sepang kederang x 2 bunjut

Kopi Manjakani Gedung Ibu x 1 kotak

Buah kk x 1 peket

Param x 3 peket

Pilis x 3 peket

Tapel x 4 peket

Freegift sabun Param x 2 buku