Cart 0

Set Rempah Tangas Plus Kain Tangas

RM 33.00

Pakej ini terdiri dari 1 bungkus rempah tangas (7 peker kecil didalamnya, tujuan di pack kecil adalah untuk mengelakkan ibu2 merebus semua sekali pada satu2 masa. Kerana 1 pack adalah sesuai untuk dipakai 1 hari (boleh pakai berkali2 dalam 1 hari) . Ini di sebabkan untuk menjaga kebersihan rempah. 


Kain tangas ini bertujuan untuk menyenangkan ibu2 untuk menggunakan tangas, hanya perlu sarung paras dada, duduk atas kerusi kecil, yang mana kainnya lebar dan  dan  boleh serkup sekali dengan tangas yg telah dipanaskan (boleh guna periuk)


Warna : random

Size : freesize (1 meter lebar 40 inchi x 4p inchi tinggi)

Cara Penggunaan Rempah Tangas:


Cara pertama : 


Bertangas dengan cara merebus dengan air


Buka sepeket Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu, masukkan ke dalam periuk tanah @ periuk kecil dengan air 3/4 penuh periuk . Atau boleh jug guna periuk nasi automatic . Rebus sampai jadi 1/2 periuk air rebusan setelah itu, masukkan air perahan limau nipis 2 biji, letak periuk di sebelah ibu, dan ibu duduk dan berselubung meliputi periuk td dari paras pinggang ke bawah

Cara kedua :


Bertangas dengan batu tungku rebus


Buka sepeket Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu, masukkan ke dalam periuk tanah @ periuk kecil muat2 tungku batu sungai (jika ada). 

Masukkan 2 cawan air, lepas tu biarkan mendidih dan batu menjadi panas. Ikut sama langkah bertanda ** dibawah


Cara ketiga :

Bertangas dengan Batu tungku sungai kering


Buka sepeket Rempah Tangas Berpantang Gedung Ibu, masukkan ke dalam periuk tanah @ periuk kecil. 

Masukkan 1 cawan air, lepas tu biarkan mendidih,


Sementara air mendidih, bolehlah panaskan batu tungku sehingga panas di atas dapur, letak batu tersebus di atas lantas @ bekas tahan panas,


**Masukkan air perahan limau nipis 2 biji kedalam air rebusan tadi, tunggu sehingga separuh kering, cepat2 tuang ke atas batu panas tadi, dan akan menghasilkan wap panas yg banyak dan ibu duduk diatas bangku kecil bersebelahan batu tadi, selubung ibu bersama batu tersebut dari paras pinggang ke bawah. 


Bertangaslah dalam 10 minit atau sampai tiada wap air lagi dan batu menjadi sejuk.